Sunday, October 6, 2013

* Coretan Nida tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah"

Pembaca blog saya yang dihormati,

Saya baru saja berjaya membeli sebuah buku yang sudah lama saya idam-idamkan:

Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah 

pada Jumaat lepas (22/01/2010).  (Sila lihat gambar di bawah.)



Penulisnya ialah, tertulis di kulit hadapan buku, "Pujangga Islam ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH ('A.Q.H.A.S)"

Jika anda 'google' "ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH" anda akan mendapati beliau merupakan seorang penulis/perterjemah banyak buku-buku, terutamanya berkaitan perubatan seperti anda boleh lihat dalam gambar di bawah.



Saya sudah belek-belek buku ini.  Terdapat terlalu-lalu banyak cara untuk menggunakan madu lebah dan bisa lebah sebagai ubat.

Antara yang paling saya amazed ialah, di dalamnya terdapat cara untuk mengubat penyakit termasuk AIDS, sawan babi, jantung berlubang, menguatkan ingatan, menghapuskan kutu kepala dan lain-lain.

Madu lebah juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan, menyelesaikan masalah botak,  dan lain-lain untuk kecantikan.

Selain itu, semestinya, disebutkan juga banyak khasiat seperti yang mungkin pernah anda jumpa atau dengar, seperti ubat batuk, ubat lelah, dan lain-lain.

Saya akan cuba kongsikan satu persatu isi buku ini dengan anda, insyaAllah.

Untuk waktu ini, izinkan saya berkongsi isi buku ini yang mengatakan, antara lain:

1. Madu amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal tubuh, terutamanya bagi anak-anak. (ms 57)

2. Dari segi kerohanian, madu berupaya menjaga hati dan jantung, yang mana kedua-duanya mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. (ms 57)

3. Vitamin dan enzim penting yang terkandung di dalam madu berupaya mencergaskan otak, membantu mudah mengingat.  Kita semua tentunya tahu fungsi otak kepada tubuh manusia amat besar, mengawal dan menyelia segala proses dalam badan and perbuatan kita. (ms 58)

4. Madu berfungsi membersihkan hati daripada segala racun dan kuman. (ms 58)

5. Madu memberi tenaga kepada tubuh manusia untuk melawan kuman-kuman penyebab penyakit. (ms 58)

6. Madu ialah bahan yang sangat mujarab untuk apa-apa penyakit di dalam perut. (ms 58)

7. Madu berfungsi membersihkan perut, usus, saluran urat dan lain-lain saluran untuk memastikan tubuh badan seseorang sihat.  (ms 59)

8. Antara kata-kata Ibnu Sina (atau dialihbahasa ke English "Avicenna") tentang madu, bermaksud: (ms 70)
  • Madu itu menguatkan ruh (kerohanian)
  • Madu menambah kerajinan (dan semangat)
  • Madu menggerak (membuka) selera makan
  • Madu memelihara kemudaan (awet muda)
  • Dan madu menolong melancarkan ucapan
9. Madu yang diperolehi daripada hutan adalah yang terbaik bagi penduduk Malaysi berbanding dengan lebah tempatan yang dipelihara atau madu yang dibeli dari luar negara. (ms 72)

10. Madu boleh menjadi ubat untuk orang yang menghidapi kencing manis (diabetes) dan darah tinggi. (ms 85)

Nida
016 - 9 689 754





No comments:

Post a Comment