Thursday, October 24, 2013

* MUKA DEPAN BLOG


MUKADIMAH:
Blog ini berkaitan buku bertajuk "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah", 
hasil tulisan ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH('A.Q.H.A.S)

Tujuan saya mewujudkan blog khas yang merujuk buku ini ialah untuk berkongsi kandungan di dalam buku ini dengan masyarakat tentang penggunaan madu lebah asli sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit.  Saya sarankan sesiapa yang ingin lebih informasi supaya mendapatkannya di kedai-kedai buku.  Inilah sebab mengapa saya kongsikan semua details seperti di bawah (ISBN, dll).

Entri yang sedang anda baca ini akan sentiasa berada di tempat paling atas (tidak seperti kebiasaan entri terakhir akan berada di atas sekali.)  Ini kerana entri ini ialah 'muka depan' blog ini.

Besar harapan saya agar ramai antara kita yang akan mendapat kebaikan daripada blog yang seadanya ini.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin kongsikan terjemahan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Perbandingan orang mu'min itu adalah seperti lebah: tiadalah dia makan melainkan makanan yang baik, dan tiadalah dia meletakkan melainkan yang baik." [H.R. Ibnu Hibbaan dan At-Tabaraani] * sumber Ibnu Raziin

Berikut ialah kulit buku depan "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah":


  1. Informasi tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  2. Siapa penulis "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  3. Coretan Nida tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  4. Pengenalan tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  5. Berikut adalah senarai penggunaan madu lebah asli sebagai penawar penyakit-penyakit:

Wednesday, October 23, 2013

* Jantung berlubang

Cara penggunaan madu lebah asli untuk pesakit jantung berlubang:

-----------------------------------------------------------

Cara 1:
Minum 2 sudu besar madu, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------------------

Cara 2:

Bahan:

3 sudu besar madu
1 ekor ibu gamat

Cara:
1. Goreng ibu gamat, kemudian tumbuk lumat.
2. Campurkan dengan madu.
3. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------------------

* Penyakit-penyakit Jantung

Dengan izin Allah s.w.t, madu berupaya mengubat dan mencegah penyakit jantung, dengan cara memelihara jantung dan menguatkan otot-ototnya. Madu juga berfungsi menambahkan hemoglobin dan tenaga pusingan darah dan menyumbang kepada penumbuhan otot-otot jantung.  Madu juga mencairkan bekas-bekas (saluran) darah dan memperbaiki aktiviti jantung yang tidak tetap.

Menurut Ibnu Sina r.a, madu adalah ubat yang paling istimewa mujarab bagi penyakit jantung dan lemah jantung.

Resepi penggunaan madu untuk kesihatan jantung:


-----------------------------------------------------------

Cara 1:

Bahan:

6 sudu besar madu
1/2 biji isi buah delima

Cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan di atas.
2. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari SEBELUM makan.

Menurut Ibnu Sina r.a, madu dan delima boleh memberi kekuatan dan vitaliti bagi menguatkan otot-otot hati.

-----------------------------------------------------------
Cara 2:

Bahan:

6 sudu besar madu
1 batang lobak merah
Sedikit air untuk mengisar

Cara:
1. Kisar lobak merah hingga lumat dengan air.
2. Campurkan dengan madu.
3. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.
-----------------------------------------------------------

Cara 3:

Bahan:

6 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara:
1. Campurkan madu dan air.
2. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.
-----------------------------------------------------------

Cara 4:

Bahan:

1/2 cawan madu
Segenggam biji sawi
1 biji limau - ambil perahannya

Cara:
1. Campurkan ketiga-tiga bahan.
2. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.
-----------------------------------------------------------

Nota: Pesakit jantung perlu mendapat kepanasan.  Minumlah air suam, panaskan badan dengan minyak panas atau pakaian tebal, dan dapatkan udara yang agak panas.  Elakkan kerja-kerja keras, banyakkan istirehat dan elakkan memikirkan perkara-perkara yang berat.

* Kolesterol/Cholesterol

Untuk yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi, cuba amalkan berikut:

Minum 2 sudu besar madu asli bersama air suam, 3 kali sehari SELEPAS makan.

Sunday, October 6, 2013

* Coretan Nida tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah"

Pembaca blog saya yang dihormati,

Saya baru saja berjaya membeli sebuah buku yang sudah lama saya idam-idamkan:

Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah 

pada Jumaat lepas (22/01/2010).  (Sila lihat gambar di bawah.)



Penulisnya ialah, tertulis di kulit hadapan buku, "Pujangga Islam ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH ('A.Q.H.A.S)"

Jika anda 'google' "ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH" anda akan mendapati beliau merupakan seorang penulis/perterjemah banyak buku-buku, terutamanya berkaitan perubatan seperti anda boleh lihat dalam gambar di bawah.



Saya sudah belek-belek buku ini.  Terdapat terlalu-lalu banyak cara untuk menggunakan madu lebah dan bisa lebah sebagai ubat.

Antara yang paling saya amazed ialah, di dalamnya terdapat cara untuk mengubat penyakit termasuk AIDS, sawan babi, jantung berlubang, menguatkan ingatan, menghapuskan kutu kepala dan lain-lain.

Madu lebah juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan, menyelesaikan masalah botak,  dan lain-lain untuk kecantikan.

Selain itu, semestinya, disebutkan juga banyak khasiat seperti yang mungkin pernah anda jumpa atau dengar, seperti ubat batuk, ubat lelah, dan lain-lain.

Saya akan cuba kongsikan satu persatu isi buku ini dengan anda, insyaAllah.

Untuk waktu ini, izinkan saya berkongsi isi buku ini yang mengatakan, antara lain:

1. Madu amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal tubuh, terutamanya bagi anak-anak. (ms 57)

2. Dari segi kerohanian, madu berupaya menjaga hati dan jantung, yang mana kedua-duanya mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. (ms 57)

3. Vitamin dan enzim penting yang terkandung di dalam madu berupaya mencergaskan otak, membantu mudah mengingat.  Kita semua tentunya tahu fungsi otak kepada tubuh manusia amat besar, mengawal dan menyelia segala proses dalam badan and perbuatan kita. (ms 58)

4. Madu berfungsi membersihkan hati daripada segala racun dan kuman. (ms 58)

5. Madu memberi tenaga kepada tubuh manusia untuk melawan kuman-kuman penyebab penyakit. (ms 58)

6. Madu ialah bahan yang sangat mujarab untuk apa-apa penyakit di dalam perut. (ms 58)

7. Madu berfungsi membersihkan perut, usus, saluran urat dan lain-lain saluran untuk memastikan tubuh badan seseorang sihat.  (ms 59)

8. Antara kata-kata Ibnu Sina (atau dialihbahasa ke English "Avicenna") tentang madu, bermaksud: (ms 70)
  • Madu itu menguatkan ruh (kerohanian)
  • Madu menambah kerajinan (dan semangat)
  • Madu menggerak (membuka) selera makan
  • Madu memelihara kemudaan (awet muda)
  • Dan madu menolong melancarkan ucapan
9. Madu yang diperolehi daripada hutan adalah yang terbaik bagi penduduk Malaysi berbanding dengan lebah tempatan yang dipelihara atau madu yang dibeli dari luar negara. (ms 72)

10. Madu boleh menjadi ubat untuk orang yang menghidapi kencing manis (diabetes) dan darah tinggi. (ms 85)

Nida
016 - 9 689 754





* Informasi tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah"

Penulis: Abdullah al-Qari b. Hj Salleh ('A.Q.H.A.S)
               Tokoh Hijrah Ar-Rasuul,
               Tokoh Buku , Tokoh Guru Serambi Mekah,
               Tokoh Maulid Ar-Rasuul, Malaysia,
               Tokoh Penulis Buku Islam, Malaysia,
               Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara
               
ISBN:  983-099-096-6
            978-983-099-096-5

Penerbit: Al-Hidayah Publication

Bil. mukasurat:706 (muka surat terakhir)

Kulit buku: 


* Pengenalan Siri Penggunaan Madu Lebah untuk Merawat Penyakit (menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah")

* Memperkenalkan siri tulisan mengenai penggunaan madu lebah untuk merawat penyakit seperti yang terdapat di dalam Ensiklopedia  Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah oleh Abdullah al-Qari bin Haji Salleh('A.Q.HA.S).

Seperti yang telah saya 'blog'kan sedikit masa dahulu, saya telah bertemu jodoh dengan Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah, hasil tulisan Abdullah al-Qari bin Haji Salleh.

Buku ini disiapkan pada 7 Disember 1997, bersamaan 7 Sya'ban 1418 Hijrah.

Di dalam ensiklopedia ini, Abdullah al-Qari bermula dengan membincangkan tentang beriman kepada kitab suci al-Quran, sekaligus menyentuh tentang ayat al-Quran daripada surah an-Nahl, ayat 69 yang bermaksud:

"Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menjadi penyembuh bagi (keseluruhan penyakit) manusia.  Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (Kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan (ahli ilmu, sarjana-sarjana dan pengkaji-pengkaji)."


Beliau juga menyebut beberapa hadis Nabi saw tentang lebah dan hadis Nabi tentang madu, daripada riwayat berbeza, dan ada yang mempunyai perawi berbeza, tetapi isinya hampir sama.

Selain itu, terdapat juga kisah tentang sikap para sahabat terhadap madu.

Disebutkan juga komen-komen positif tentang madu daripada penulis-penulis kitab terkenal, ahli falsafah, dan ahli-ahli perubatan.

Terdapat juga senarai pelbagai sebutan nama madu di dalam bahasa arab dan maksud-maksudnya.

Seterusnya buku ini membincangkan keistimewaan madu lebah, kehidupan lebah, pengenalan kepada lebah itu sendiri, sifat-sifat madu, tanda-tanda madu asli, keistimewaan Royal Jelly, pengubatan dengan bisa lebah, cara menyimpan madu, zat-zat di dalam madu dan pengubatan menggunakan madu lebah.

Berdasarkan cara pengubatan di dalam ensiklopedia ini, terdapat bahan-bahan ubat tempatan di dalam resepinya.  Ubat-ubat tempatan ini telah didapati mujarab dalam perubatan di negara Arab*.

Untuk sesetengah penyakit, terdapat terlalu banyak cara perubatan menggunakan madu lebah, jadi pembaca boleh memilih cara yang diutarakan berdasarkan kemudahan di tempat anda atau menurut kesukaan anda.


Saya telah mendapat beberapa permintaan tentang perubatan sesetengah penyakit, jadi penawar untuk penyakit yang diminta akan didahulukan.  Jika anda ada permintaan untuk penyakit-penyakit yang belum ditulis, anda hubungi saya seperti di bawah.

Terima kasih.

Nida
hdhdmail@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 016- 9 689 754