Thursday, October 24, 2013

* MUKA DEPAN BLOG


MUKADIMAH:
Blog ini berkaitan buku bertajuk "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah", 
hasil tulisan ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH('A.Q.H.A.S)

Tujuan saya mewujudkan blog khas yang merujuk buku ini ialah untuk berkongsi kandungan di dalam buku ini dengan masyarakat tentang penggunaan madu lebah asli sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit.  Saya sarankan sesiapa yang ingin lebih informasi supaya mendapatkannya di kedai-kedai buku.  Inilah sebab mengapa saya kongsikan semua details seperti di bawah (ISBN, dll).

Entri yang sedang anda baca ini akan sentiasa berada di tempat paling atas (tidak seperti kebiasaan entri terakhir akan berada di atas sekali.)  Ini kerana entri ini ialah 'muka depan' blog ini.

Besar harapan saya agar ramai antara kita yang akan mendapat kebaikan daripada blog yang seadanya ini.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin kongsikan terjemahan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Perbandingan orang mu'min itu adalah seperti lebah: tiadalah dia makan melainkan makanan yang baik, dan tiadalah dia meletakkan melainkan yang baik." [H.R. Ibnu Hibbaan dan At-Tabaraani] * sumber Ibnu Raziin

Berikut ialah kulit buku depan "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah":


  1. Informasi tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  2. Siapa penulis "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  3. Coretan Nida tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  4. Pengenalan tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik)
  5. Berikut adalah senarai penggunaan madu lebah asli sebagai penawar penyakit-penyakit:

Wednesday, October 23, 2013

* Jantung berlubang

Cara penggunaan madu lebah asli untuk pesakit jantung berlubang:

-----------------------------------------------------------

Cara 1:
Minum 2 sudu besar madu, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------------------

Cara 2:

Bahan:

3 sudu besar madu
1 ekor ibu gamat

Cara:
1. Goreng ibu gamat, kemudian tumbuk lumat.
2. Campurkan dengan madu.
3. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------------------

* Penyakit-penyakit Jantung

Dengan izin Allah s.w.t, madu berupaya mengubat dan mencegah penyakit jantung, dengan cara memelihara jantung dan menguatkan otot-ototnya. Madu juga berfungsi menambahkan hemoglobin dan tenaga pusingan darah dan menyumbang kepada penumbuhan otot-otot jantung.  Madu juga mencairkan bekas-bekas (saluran) darah dan memperbaiki aktiviti jantung yang tidak tetap.

Menurut Ibnu Sina r.a, madu adalah ubat yang paling istimewa mujarab bagi penyakit jantung dan lemah jantung.

Resepi penggunaan madu untuk kesihatan jantung:


-----------------------------------------------------------

Cara 1:

Bahan:

6 sudu besar madu
1/2 biji isi buah delima

Cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan di atas.
2. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari SEBELUM makan.

Menurut Ibnu Sina r.a, madu dan delima boleh memberi kekuatan dan vitaliti bagi menguatkan otot-otot hati.

-----------------------------------------------------------
Cara 2:

Bahan:

6 sudu besar madu
1 batang lobak merah
Sedikit air untuk mengisar

Cara:
1. Kisar lobak merah hingga lumat dengan air.
2. Campurkan dengan madu.
3. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.
-----------------------------------------------------------

Cara 3:

Bahan:

6 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara:
1. Campurkan madu dan air.
2. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.
-----------------------------------------------------------

Cara 4:

Bahan:

1/2 cawan madu
Segenggam biji sawi
1 biji limau - ambil perahannya

Cara:
1. Campurkan ketiga-tiga bahan.
2. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.
-----------------------------------------------------------

Nota: Pesakit jantung perlu mendapat kepanasan.  Minumlah air suam, panaskan badan dengan minyak panas atau pakaian tebal, dan dapatkan udara yang agak panas.  Elakkan kerja-kerja keras, banyakkan istirehat dan elakkan memikirkan perkara-perkara yang berat.

* Kolesterol/Cholesterol

Untuk yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi, cuba amalkan berikut:

Minum 2 sudu besar madu asli bersama air suam, 3 kali sehari SELEPAS makan.

Sunday, October 6, 2013

* Coretan Nida tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah"

Pembaca blog saya yang dihormati,

Saya baru saja berjaya membeli sebuah buku yang sudah lama saya idam-idamkan:

Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah 

pada Jumaat lepas (22/01/2010).  (Sila lihat gambar di bawah.)



Penulisnya ialah, tertulis di kulit hadapan buku, "Pujangga Islam ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH ('A.Q.H.A.S)"

Jika anda 'google' "ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH" anda akan mendapati beliau merupakan seorang penulis/perterjemah banyak buku-buku, terutamanya berkaitan perubatan seperti anda boleh lihat dalam gambar di bawah.



Saya sudah belek-belek buku ini.  Terdapat terlalu-lalu banyak cara untuk menggunakan madu lebah dan bisa lebah sebagai ubat.

Antara yang paling saya amazed ialah, di dalamnya terdapat cara untuk mengubat penyakit termasuk AIDS, sawan babi, jantung berlubang, menguatkan ingatan, menghapuskan kutu kepala dan lain-lain.

Madu lebah juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan, menyelesaikan masalah botak,  dan lain-lain untuk kecantikan.

Selain itu, semestinya, disebutkan juga banyak khasiat seperti yang mungkin pernah anda jumpa atau dengar, seperti ubat batuk, ubat lelah, dan lain-lain.

Saya akan cuba kongsikan satu persatu isi buku ini dengan anda, insyaAllah.

Untuk waktu ini, izinkan saya berkongsi isi buku ini yang mengatakan, antara lain:

1. Madu amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal tubuh, terutamanya bagi anak-anak. (ms 57)

2. Dari segi kerohanian, madu berupaya menjaga hati dan jantung, yang mana kedua-duanya mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. (ms 57)

3. Vitamin dan enzim penting yang terkandung di dalam madu berupaya mencergaskan otak, membantu mudah mengingat.  Kita semua tentunya tahu fungsi otak kepada tubuh manusia amat besar, mengawal dan menyelia segala proses dalam badan and perbuatan kita. (ms 58)

4. Madu berfungsi membersihkan hati daripada segala racun dan kuman. (ms 58)

5. Madu memberi tenaga kepada tubuh manusia untuk melawan kuman-kuman penyebab penyakit. (ms 58)

6. Madu ialah bahan yang sangat mujarab untuk apa-apa penyakit di dalam perut. (ms 58)

7. Madu berfungsi membersihkan perut, usus, saluran urat dan lain-lain saluran untuk memastikan tubuh badan seseorang sihat.  (ms 59)

8. Antara kata-kata Ibnu Sina (atau dialihbahasa ke English "Avicenna") tentang madu, bermaksud: (ms 70)
  • Madu itu menguatkan ruh (kerohanian)
  • Madu menambah kerajinan (dan semangat)
  • Madu menggerak (membuka) selera makan
  • Madu memelihara kemudaan (awet muda)
  • Dan madu menolong melancarkan ucapan
9. Madu yang diperolehi daripada hutan adalah yang terbaik bagi penduduk Malaysi berbanding dengan lebah tempatan yang dipelihara atau madu yang dibeli dari luar negara. (ms 72)

10. Madu boleh menjadi ubat untuk orang yang menghidapi kencing manis (diabetes) dan darah tinggi. (ms 85)

Nida
016 - 9 689 754





* Informasi tentang "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah"

Penulis: Abdullah al-Qari b. Hj Salleh ('A.Q.H.A.S)
               Tokoh Hijrah Ar-Rasuul,
               Tokoh Buku , Tokoh Guru Serambi Mekah,
               Tokoh Maulid Ar-Rasuul, Malaysia,
               Tokoh Penulis Buku Islam, Malaysia,
               Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara
               
ISBN:  983-099-096-6
            978-983-099-096-5

Penerbit: Al-Hidayah Publication

Bil. mukasurat:706 (muka surat terakhir)

Kulit buku: 


* Pengenalan Siri Penggunaan Madu Lebah untuk Merawat Penyakit (menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah")

* Memperkenalkan siri tulisan mengenai penggunaan madu lebah untuk merawat penyakit seperti yang terdapat di dalam Ensiklopedia  Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah oleh Abdullah al-Qari bin Haji Salleh('A.Q.HA.S).

Seperti yang telah saya 'blog'kan sedikit masa dahulu, saya telah bertemu jodoh dengan Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah, hasil tulisan Abdullah al-Qari bin Haji Salleh.

Buku ini disiapkan pada 7 Disember 1997, bersamaan 7 Sya'ban 1418 Hijrah.

Di dalam ensiklopedia ini, Abdullah al-Qari bermula dengan membincangkan tentang beriman kepada kitab suci al-Quran, sekaligus menyentuh tentang ayat al-Quran daripada surah an-Nahl, ayat 69 yang bermaksud:

"Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menjadi penyembuh bagi (keseluruhan penyakit) manusia.  Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (Kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan (ahli ilmu, sarjana-sarjana dan pengkaji-pengkaji)."


Beliau juga menyebut beberapa hadis Nabi saw tentang lebah dan hadis Nabi tentang madu, daripada riwayat berbeza, dan ada yang mempunyai perawi berbeza, tetapi isinya hampir sama.

Selain itu, terdapat juga kisah tentang sikap para sahabat terhadap madu.

Disebutkan juga komen-komen positif tentang madu daripada penulis-penulis kitab terkenal, ahli falsafah, dan ahli-ahli perubatan.

Terdapat juga senarai pelbagai sebutan nama madu di dalam bahasa arab dan maksud-maksudnya.

Seterusnya buku ini membincangkan keistimewaan madu lebah, kehidupan lebah, pengenalan kepada lebah itu sendiri, sifat-sifat madu, tanda-tanda madu asli, keistimewaan Royal Jelly, pengubatan dengan bisa lebah, cara menyimpan madu, zat-zat di dalam madu dan pengubatan menggunakan madu lebah.

Berdasarkan cara pengubatan di dalam ensiklopedia ini, terdapat bahan-bahan ubat tempatan di dalam resepinya.  Ubat-ubat tempatan ini telah didapati mujarab dalam perubatan di negara Arab*.

Untuk sesetengah penyakit, terdapat terlalu banyak cara perubatan menggunakan madu lebah, jadi pembaca boleh memilih cara yang diutarakan berdasarkan kemudahan di tempat anda atau menurut kesukaan anda.


Saya telah mendapat beberapa permintaan tentang perubatan sesetengah penyakit, jadi penawar untuk penyakit yang diminta akan didahulukan.  Jika anda ada permintaan untuk penyakit-penyakit yang belum ditulis, anda hubungi saya seperti di bawah.

Terima kasih.

Nida
hdhdmail@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 016- 9 689 754


* Buasir

-----------------------------------------------

Cara 1:

Bahan:
1/4 cawan madu
3 buku kunyit
7 buku tepus (Lempoyang ( nama saintifik: Zingiber aromaticum))
1/2 gelas air suam

Cara:
1. Tumbuk lumat kunyit dan tepus.
2. Campurkan dengan air.
3. Campurkan madu.

Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------

* Penyakit berkenaan Rahim (uterus) wanita

--------------------------------------------------------------


Gangguan Rahim:
  Menyebabkan anak tidak selamat, mati dalam kandungan atau tidak subur dan kandungan lemah disebabkan ibu kekurangan vitamin E.

Madu membantu membentuk sel-sel peranakan dan menyuburkan bayi.

Bahan:
2 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara:
Campurkan kedua-dua bahan dan ibu minum sekaligus pada waktu pagi sebelum makan.

--------------------------------------------------------------

* Kencing Manis (Diabetes)

-----------------------------------------------------------------
Cara 1:

Bahan:
5 sudu besar madu
1/2 kg buah tamar

Cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan.
2. Makan 2 atau 3 kali sehari sebelum makan makanan biasa.

Boleh ditambah jumlah bahan jika belum berkesan.  Amalkan hingga sembuh.

-----------------------------------------------------------------

Cara 2:

Minum 3 sudu besar madu, 3 kali sehari sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.

-----------------------------------------------------------------

Cara 3:

Bahan:

3 sudu besar madu
2 batang Pokok misai kucing (ambil semua bahagiannya)
4 gelas air

Cara:
1. Bersihkan pokok.
2. Rebus dengan air dan tapis.
3. Ketepikan dan tunggu sejuk.
4. Campurkan dengan madu.

Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------------------------
 
Cara 4:


Bahan:


3 sudu besar madu
1 genggam Pokok pegaga yang berdaun besar (ambil semua bahagiannya)
4 gelas air


Cara:
1. Bersihkan pokok.
2. Rebus dengan air dan tapis.
3. Ketepikan dan tunggu sejuk.
4. Campurkan dengan madu.


Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------------------------

Cara 5:

Bahan:

3 sudu besar madu
7 kerat akar kemunting cina (merah: untuk lelaki, putih: untuk wanita)
3 gelas air

Cara:
1. Bersihkan akar.
2. Rebus dengan air dan tapis.
3. Ketepikan dan tunggu sejuk.
4. Campurkan dengan madu.

Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

-----------------------------------------------------------------

* Eczema (Penyakit kulit)

Eczema ialah sejenis penyakit kulit.  Menurut sesetengah pendapat, eczema ialah seperti penyakit lelah tetapi bukan berkait dengan pernafasan tetapi berkait dengan kulit.  Ada juga doktor yang mengatakan seseorang kanak-kanak yang mempunyai eczema akan mendapat lelah atau asma apabila besar.
Madu berdaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan serta-merta, menyembuhkan dan menghilangkan parut atau bekas-bekas gatal atau luka dengan melumurkannya pada kulit.

* Lelah (Asthma)

Lelah ialah sejenis penyakit sesak nafas, boleh jadi disebabkan keadaan semulajadinya, iklim, pencemaran udara, debu, dan lain-lain.


-----------------------------------------------------------

Cara 1:

Bahan:

1 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk susu

Cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan.
2. Minum sekaligus.  Amalkan 3 kali sehari sebelum makan.


-----------------------------------------------------------

Cara 2:

Bahan:

1 sudu besar madu
1/3 minyak jintan hitam (habbatus sawda')
1 cawan air suam

Cara:
1. Campurkan ketiga-tiga bahan.
2. Hidu dan sedutkan baunya ke hidung.
3. Minum semua sekali.  Amalkan 3 kali sehari sebelum makan.


-----------------------------------------------------------

Cara 3:

Bahan:

3 sudu besar madu
1 cawan kunyit
1 cawan cuka
4 cawan air

Cara:
1. Bersihkan kunyit dan cincang.
2. Rebus dan biar menggelegak hingga airnya cuma tinggal anggaran 2 cawan.
3. Sejukkan.  Apabila suam, campurkan dengan madu.
4. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.


-----------------------------------------------------------

Cara 4:

Bahan:

3 sudu besar madu
1 genggam daun cempaka
1 genggam daun kenanga
1 genggam daun tanjung
4 cawan air

Cara:
1. Bersihkan kesemua daun-daun.
2. Jemur daun-daun.
3. Rebus daun-daun tadi hingga airnya cuma tinggal anggaran 2 cawan.
4. Tapis rebusan dan campurkan dengan madu.
5. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.


-----------------------------------------------------------

Cara 5:

Bahan:

3 sudu besar madu
5 ulas bawang putih
1 cawan air

Cara:
1. Hiris nipis bawang putih.
2. Rebus hingga airnya cuma tinggal anggaran setengah gelas.
3. Tunggu air suam.
4. Campurkan madu.
5. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.


-----------------------------------------------------------

Cara 6*:

Bahan:

1/2 cawan madu
5 ulas bawang merah

Cara:
1. Kupas bawang dan belah-belah.
2. Masukkan ke dalam madu.
3. Biarkan rendaman ini selama 4 jam.
4. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.
( *Resepi ini seakan-akan ramuan untuk ubat batuk orang Eskimo, tetapi orang Eskimo menggunakan bawang besar.)

-----------------------------------------------------------

Cara 7:

Bahan:

3 sudu besar madu
2 sudu besar asam jawa
5 ketul gula batu
1 cawan air

Cara:
1. Lumatkan asam jawa dan gula.
2. Campurkan dengan air dan tapis.
3. Masukkan madu.
4. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.


-----------------------------------------------------------

Cara 8:

Bahan:

3 sudu besar madu
2 kelopak bunga raya putih
1 cawan air

Cara:
1. Lumatkan bunga raya.
2. Perah airnya dan tapis.
3. Campurkan madu.
4. Minum 2 sudu besar, 3 kali sehari.


-----------------------------------------------------------

* Batuk

Batuk Biasa
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 1:

Bahan:

3 sudu besar madu
2 helai daun lidah buaya (jenis yang boleh dimakan)

Cara:
1. Lumatkan bahagian isi pada daun.
2. Campurkan dengan madu.
3. Minum 3 kali sehari.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 2:

Bahan:

1/2 cawan madu
3 biji buah pala
3 biji buah manjakani
3 biji lada
3 biji lada sulah

Cara:
1. Giling lumat semua bahan kecuali madu.
2. Campurkan dengan madu.
3. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 3:

Bahan:

1/4 cawan madu
1/7 cawan cuka
7 ulas bawang merah


Air

Cara:
1.  Kisar bawang hingga lumat.
2. Campurkan sedikit air dan perah.
3. Campurkan madu dan cuka.
4. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

Bahan yang sama boleh digunakan untuk sesak nafas, suara parau dan melancarkan kencing.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&



Batuk berdarah

Bahan:

2 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung

Cara:
1. Campurkan telur ayam dengan madu dan kacau.
2. Makan.  Amalkan jika perlu.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Batuk berdahak



Cara 1:

Bahan:

2 sudu besar madu
1/2 biji perahan limau nipis

Cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan.
2. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari dengan 1 kali sebelum tidur malam.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 2:


Bahan:

2 sudu besar madu

Cara:
1. Jilat madu dan kemam supaya madu bersatu dengan air liur.  Gerakkan dalam mulut, baru ditelan. Ulang beberapa kali.

-----------------------------------------------------------
Batuk berkahak

Cara 1:


Bahan:

2 sudu besar madu
1 sudu kecil jintan hitam (habbatus sawda')

Cara:
1. Kisar halus jintan hitam.
2. Campurkan dengan madu.
3. Minum.  Ulang jika perlu.

(bersambung insyaAllah)

* Sawan

Sawan atau Epilepsy ialah satu penyakit anak-anak yang datang dengan tiba-tiba, menyebabkan anggota menyentak kejang, mata terbeliak dan mulut berbuih.  

Gangguan ini mungkin disebabkan kurang vitamin B6, gangguan mahkluk halus, terkejut, perubahan cuaca, dan lain-lain.

-----------------------------------------------------------------------------

Cara 1:

Bahan:
1 cawan madu
7 gelas air suam yang dibacakan surah al-Jinn.


Cara:
1. Campurkan madu dengan air seperti di atas.
2. Minum 1 gelas setiap petang apabila matahari hampir terbenam.
3. Minum untuk seminggu.

-----------------------------------------------------------------------------

Cara 2:

Bahan:
3 sudu besar madu
1 cawan minyak lenga/bijan
7 ulas bawang putih
3 sudu besar mushtaka (English: Lentisk; saintifik:Pistacia Lentiscus)

Cara:

1.  Bersihkan bawang.
2.  Kisar bawang dengan lumat, perah dan tapis.
3.  Campurkan dengan bahan-bahan lain.
4.  Gunakan untuk menggosok anggota badan yang kejang.
5.  Selepas itu, gunakan air suam-suam kuku untuk membasuh dan menggosok kedua-dua belah tangan pesakit, tapak kaki, perut dan dadanya.  Gosok dengan bersungguh-sungguh.
6.  Jika mangsa belum bergerak, berhenti seketika.  Kemudian mandikan dia dengan air suam.
7.  Selepas itu, cucukkan tapak kakinya dengan jarum tanpa melukainya.
8.  Kemudian, masukkan air suam bercampur garam ke dalam mulutnya sehingga dia termuntah dan sedarkan diri.
9.  Bila sudah sedar, apabila makan, berikan makanan yang lembut dan mudah cerna, termasuk madu sebanyak 3 kali sehari, 3 sudu besar.

-----------------------------------------------------------------------------

* Lumpuh

Lumpuh Orang Dewasa


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lumpuh Hujung Jari-jari


Cara 1: 

Amalkan saja minum madu dalam kehidupan seharian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lumpuh Seluruh Anggota

Cara 1:

Bahan-bahan:
7 sudu besar madu
5 sudu kecil minyak sapi

Cara amalan:

Campurkan kedua-dua bahan dan minum 2 sudu besar setiap kali, sebanyak 3 kali sehari sebelum makan pagi, tengahari dan makan malam.
Selebihnya dilumur ke seluruh badan sebanyak 2 kali sehari.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara 2:

Bahan-bahan:
7 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara amalan:

Campurkan kedua-dua bahan, minum 2 sudu besar sebanyak 3 kali sehari.
Apabila mandi, gunakan air suam untuk mandi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pesakit disarankan membuat senaman pada setiap pagi, sekurang-kurangnya solat Dhuha 8 rakaat dengan 2 salam.



Moga-moga berkesan,
Nida Madu Lebah
016-968 9754

* Tenaga Batin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cara 1:
Bahan-bahan:
Suku (1/4) cawan madu
1 biji telur ayam kampung
1 biji kelapa muda
5 sudu besar susu lembu

Cara amalan:
Campurkan kesemua bahan, minum 1 sudu besar, 3 kali sehari sebelum makan pagi dan tengahari, dan awal malam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara 2:
Bahan-bahan
Setengah cawan madu
Setengah cawan minyak bijan

Cara amalan:
Campurkan kedua-dua bahan, minum 1 sudu besar, 3 kali sehari, pagi, tengahari dan malam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara 3:
Bahan-bahan
2 sudu besar madu
Sejemput jintan hitam
1 biji kuning telur ayam kampung
3 sudu besar minyak sapi

Cara amalan:
1. Campurkan bahan no 2 hinggan 4.
2. Masak dan tepikan.
3. Apabila sudah suam, campurkan dengan madu.
4. Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari.

Moga-moga berkesan,
Nida Madu Lebah
016-968 9754

*Kurang Pemusatan Fikiran (Otak) dan Lemah Ingatan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cara 1:
Bahan-bahan:
6 sudu besar madu
63 biji buah Zabib (Anggur Kering) (Kismis)

Cara amalan:
Minum madu 2 sudu besar madu dan susuli dengan makan buah Zabib.  Amal selama 3 pagi dan ulangi lagi.

* Saya pernah terbaca yang cara makan buah Zabib untuk daya ingatan yang kuat dengan cara 'kemam' dan bukan terus mengunyahnya.  Ada baiknya kalau kita belajar cara amalan sesuatu untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.



Moga-moga berkesan,
Nida Madu Lebah
016-968 9754


* Meningkatkan ingatan/hafalan

Menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik untuk lebih informasi), madu lebah merupakan suatu zat atau bahan makanan yang sangat berkhasiat untuk meningkatkan kebolehan mengingat atau menghafal.  Unutk tujuan ini, sebaik-baiknya, madu lebah diminum pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu lebah dan Pati Madu menjadikan sistem saraf dan deria lebih sensitif dan peka.  Madu lebah juga memperbaiki semua tisu badan, seterusnya badan menjadi sihat.  Ingatan yang baik akan berada di dalam badan yang sihat.

Ibnu Juraij R.A pernah menyebut perkataan Imam Az-Zuhri RA (tokoh hadis di Kota Madinah), bermaksud:

"Selalulah anda minum madu, kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan"

Ibnu Sina RA pula pernah berkata, maksudnya:

"Siapa ingin ingat, maka hendaklah dia makan madu"

Menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah", tiada bahan ubat lain yang lebih mujarab untuk meningkatkan daya ingatan selain madu lebah.  Madu satu-satunya makanan dan minuman berkhasiat untuk kesihatan mental dan fizikal.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara 1:

Bahan:
3 sudu besar madu
3 sudu kecil jintan hitam (Habbatus Sawda')

Cara:
Campurkan kedua-dua bahan dan minum 1 sudu besar, 3 kali sehari sebelum makan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara 2:

Bahan:
3 sudu besar madu
21 biji buah anggur

Cara:
7 biji anggur dimakan bersama 1 sudu besar madu, amalkan 3 kali sehari sebelum makan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, October 5, 2013

* Siapa Abdullah al-Qari b. Hj Salleh (Penulis "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah")?


Jika anda 'google' "ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH" anda akan mendapati beliau merupakan seorang penulis/perterjemah banyak buku-buku, terutamanya berkaitan perubatan seperti anda boleh lihat dalam gambar di bawah.




Monday, September 30, 2013

* Kanser

Barah ialah bengkak bernanah di sebelah dalam tubuh atau tepi kulit.


Menurut perubatan tradisional, penyakit barah tidak utama dibedah, kerana dengan terkena besi, barah akan menjadi lebih parah dan membimbangkan.  Ibnu Sina juga melarang menggunakan besi.

*** MAAF, ENTRI INI BELUM SIAP.. NANTI SAYA SAMBUNG, INSYAALLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~