Sunday, October 6, 2013

* Pengenalan Siri Penggunaan Madu Lebah untuk Merawat Penyakit (menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah")

* Memperkenalkan siri tulisan mengenai penggunaan madu lebah untuk merawat penyakit seperti yang terdapat di dalam Ensiklopedia  Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah oleh Abdullah al-Qari bin Haji Salleh('A.Q.HA.S).

Seperti yang telah saya 'blog'kan sedikit masa dahulu, saya telah bertemu jodoh dengan Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah, hasil tulisan Abdullah al-Qari bin Haji Salleh.

Buku ini disiapkan pada 7 Disember 1997, bersamaan 7 Sya'ban 1418 Hijrah.

Di dalam ensiklopedia ini, Abdullah al-Qari bermula dengan membincangkan tentang beriman kepada kitab suci al-Quran, sekaligus menyentuh tentang ayat al-Quran daripada surah an-Nahl, ayat 69 yang bermaksud:

"Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menjadi penyembuh bagi (keseluruhan penyakit) manusia.  Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (Kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan (ahli ilmu, sarjana-sarjana dan pengkaji-pengkaji)."


Beliau juga menyebut beberapa hadis Nabi saw tentang lebah dan hadis Nabi tentang madu, daripada riwayat berbeza, dan ada yang mempunyai perawi berbeza, tetapi isinya hampir sama.

Selain itu, terdapat juga kisah tentang sikap para sahabat terhadap madu.

Disebutkan juga komen-komen positif tentang madu daripada penulis-penulis kitab terkenal, ahli falsafah, dan ahli-ahli perubatan.

Terdapat juga senarai pelbagai sebutan nama madu di dalam bahasa arab dan maksud-maksudnya.

Seterusnya buku ini membincangkan keistimewaan madu lebah, kehidupan lebah, pengenalan kepada lebah itu sendiri, sifat-sifat madu, tanda-tanda madu asli, keistimewaan Royal Jelly, pengubatan dengan bisa lebah, cara menyimpan madu, zat-zat di dalam madu dan pengubatan menggunakan madu lebah.

Berdasarkan cara pengubatan di dalam ensiklopedia ini, terdapat bahan-bahan ubat tempatan di dalam resepinya.  Ubat-ubat tempatan ini telah didapati mujarab dalam perubatan di negara Arab*.

Untuk sesetengah penyakit, terdapat terlalu banyak cara perubatan menggunakan madu lebah, jadi pembaca boleh memilih cara yang diutarakan berdasarkan kemudahan di tempat anda atau menurut kesukaan anda.


Saya telah mendapat beberapa permintaan tentang perubatan sesetengah penyakit, jadi penawar untuk penyakit yang diminta akan didahulukan.  Jika anda ada permintaan untuk penyakit-penyakit yang belum ditulis, anda hubungi saya seperti di bawah.

Terima kasih.

Nida
hdhdmail@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 016- 9 689 754


No comments:

Post a Comment