Sunday, October 6, 2013

* Sawan

Sawan atau Epilepsy ialah satu penyakit anak-anak yang datang dengan tiba-tiba, menyebabkan anggota menyentak kejang, mata terbeliak dan mulut berbuih.  

Gangguan ini mungkin disebabkan kurang vitamin B6, gangguan mahkluk halus, terkejut, perubahan cuaca, dan lain-lain.

-----------------------------------------------------------------------------

Cara 1:

Bahan:
1 cawan madu
7 gelas air suam yang dibacakan surah al-Jinn.


Cara:
1. Campurkan madu dengan air seperti di atas.
2. Minum 1 gelas setiap petang apabila matahari hampir terbenam.
3. Minum untuk seminggu.

-----------------------------------------------------------------------------

Cara 2:

Bahan:
3 sudu besar madu
1 cawan minyak lenga/bijan
7 ulas bawang putih
3 sudu besar mushtaka (English: Lentisk; saintifik:Pistacia Lentiscus)

Cara:

1.  Bersihkan bawang.
2.  Kisar bawang dengan lumat, perah dan tapis.
3.  Campurkan dengan bahan-bahan lain.
4.  Gunakan untuk menggosok anggota badan yang kejang.
5.  Selepas itu, gunakan air suam-suam kuku untuk membasuh dan menggosok kedua-dua belah tangan pesakit, tapak kaki, perut dan dadanya.  Gosok dengan bersungguh-sungguh.
6.  Jika mangsa belum bergerak, berhenti seketika.  Kemudian mandikan dia dengan air suam.
7.  Selepas itu, cucukkan tapak kakinya dengan jarum tanpa melukainya.
8.  Kemudian, masukkan air suam bercampur garam ke dalam mulutnya sehingga dia termuntah dan sedarkan diri.
9.  Bila sudah sedar, apabila makan, berikan makanan yang lembut dan mudah cerna, termasuk madu sebanyak 3 kali sehari, 3 sudu besar.

-----------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment